Tarikh : 27 Ogos 2022
Masa : 10:30 am – 12:30 pm
Tempat : Bilik Latihan PEDi Merbau Pulas
Peserta : Pelajar sekolah rendah
Tujuan
Mewujudkan sifat sentiasa beringat dan berhati-hati dalam setiap tindakan ketika melayari laman web ataupun media sosial.
Aktiviti
Petugas memaparkan video mengenai ‘Oversharing’ di YouTube Klik Dengan Bijak kepada para peserta, seterusnya petugas menerangkan dengan lebih terperinci mengenai tajuk Oversharing tersebut seperti risiko ataupun impak negatif yang akan dihadapi oleh seseorang jika terlebih berkongsi di media sosial. Sesi soal jawab antara peserta dan petugas juga diadakan ketika di akhir sesi, dan petugas juga menyediakan beberapa soalan sebagai kuiz untuk para peserta.