mcmc
Laporan Aktiviti

Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) – Maklumat Palsu

Tarikh   : 31 Mac 2023

Masa    : 10:30 am – 12:30 pm

Tempat : PEDi Merbau Pulas

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan untuk memberi pendedahan awal kepada para peserta mengenai pengenalan kepada maklumat palsu, kenapa maklumat palsu dicetuskan, apakah ciri-ciri yang ada pada maklumat palsu, kesan-kesannya dan lain-lain lagi.

Aktiviti

Pada awal permulaan kelas, para peserta telah menonton video berkenaan penyebaran maklumat palsu yang ditayang oleh petugas. Kemudian, petugas telah menerangkan ciri-ciri yang ada pada maklumat palsu, kesan menyebarkan maklumat yang salah di internet terutamanya di media sosial dan lain-lain lagi. Kesimpulannya, mereka akan lebih cakna dalam berkongsi maklumat diterima pada masa yang akan datang. Kuiz Kahoot mengenai ‘Maklumat Palsu’ juga diadakan pada akhir sesi kelas.

Galeri Foto