Tarikh : 17 Oktober 2024
Masa : 8.00 am – 10.30 am
Tempat : SMK Teloi Kanan
Peserta : Pelajar Sekolah Menengah
Tujuan
Taklimat ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar sekolah mengenai keselamatan digital dan cara melindungi diri ketika menggunakan teknologi.
Aktiviti
Taklimat Safe & Shield ini memperkenalkan konsep keselamatan dalam talian, mengajar pelajar tentang tanggungjawab digital dan langkah-langkah penting untuk memastikan privasi dan keselamatan mereka terjamin semasa melayari internet. Ia juga bertujuan untuk mencipta dunia digital yang lebih baik, memperkasakan masyarakat dengan pengetahuan digital & tabiat digital yang baik. Pengetahuan ini sangat berguna dalam melindungi diri dan orang lain di alam maya. Antara aktiviti lain yang dilaksanakan ialah Pengenalan kepada NADI, Pengenalan kepada 5 Pillars NADI, Taklimat Safe and Shield, Tayangan Video dan juga sesi soal jawab.