Tarikh : 24 November 2024
Masa : 9.00 am – 10.30 am
Tempat : SK Batu Pekaka
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Tujuan
Taklimat Safe & Shield akan memperkenalkan konsep keselamatan dalam talian, mengajar pelajar tentang tanggungjawab digital dan langkah-langkah penting untuk memastikan privasi dan keselamatan mereka terjamin semasa melayari internet. Ia juga bertujuan untuk mencipta dunia digital yang lebih baik, memperkasakan masyarakat dengan pengetahuan digital & tabiat digital yang baik.
Aktiviti
Antara aktiviti lain yang dilaksanakan ialah Pengenalan kepada NADI, Pengenalan kepada 5 Pillars NADI, Taklimat Safe and Shield, Tayangan Video dan juga sesi soal jawab.