mcmc
Laporan Aktiviti

Taklimat Safe and Shield SK Jemerli

Tarikh   : 27 November 2024

Masa    : 11.30 am – 1.00 pm

Tempat : SK Seri Jemerli

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

Tujuan

Dalam usaha memperkasakan keselamatan digital dalam kalangan pelajar, Taklimat Safe & Shield telah diadakan di SK Seri Jemerli. Program ini bertujuan untuk memberikan kesedaran mengenai kepentingan keselamatan dalam talian, mendidik pelajar tentang tanggungjawab digital, serta memperkenalkan langkah-langkah perlindungan data peribadi dan privasi semasa melayari internet.

Aktiviti

Sebagai pengguna teknologi yang semakin terdedah kepada pelbagai ancaman siber, pelajar perlu memahami cara menggunakan internet dengan selamat dan bertanggungjawab. Safe & Shield bukan sahaja menekankan amalan keselamatan digital, tetapi juga bertujuan untuk mencipta persekitaran dalam talian yang lebih selamat dengan memperkukuhkan pemahaman tentang etika digital, tabiat penggunaan internet yang baik, serta kepentingan bertindak secara bijak dalam dunia siber.

Sesi taklimat ini melibatkan pelbagai aktiviti interaktif bagi membantu peserta memahami konsep keselamatan digital dengan lebih jelas iaitu Pengenalan kepada NADI (Memperkenalkan program serta misi NADI dalam memperkasa pelajar dengan pengetahuan digital), Pengenalan kepada 5 Pillars NADI, Taklimat Safe & Shield (Penjelasan mendalam tentang langkah-langkah keselamatan dalam talian, kepentingan kata laluan yang kukuh, pengesahan dua faktor (2FA), dan cara mengelakkan ancaman siber), Tayangan Video (Paparan situasi sebenar mengenai ancaman siber dan bagaimana cara terbaik untuk menghadapinya) dan Sesi Soal Jawab (Pelajar diberi peluang untuk bertanya dan mendapatkan penjelasan lanjut daripada tenaga pengajar mengenai topik keselamatan digital).

Melalui program ini, pelajar bukan sahaja mendapat kesedaran mendalam tentang ancaman digital, malah mereka juga dididik tentang cara bertindak dengan selamat dan bijak dalam dunia siber. Dengan adanya taklimat ini, diharapkan generasi muda akan lebih bersedia dalam menghadapi cabaran digital dan menjadi pengguna teknologi yang lebih bertanggungjawab.